MAAF.. mudah utk menyebut tetapi sukar utk mengungkapkan.. Tetapi maaflah kata2 yg dpt mnenangkan hati seseorg jika ia dihayati dengan mendalam.. Namun, mudahkah bg kita mngungkapkan kata2 maaf utk seseorang yg sering mmbuat hati kita sakit.. mencari kesalahan kita.. dikhianati.. dibenci dan sebagainya.. Tapi sedarkah kita.. diri kita juga tidk terlepas dr melakukan kesilapan..
Hidup ini tidak terlepas dari ketemu kebanyakan orang.. dan tidak terlepas untk dri kita dr melakukan kesalahan.. keterlanjuran kata, kesilapan.. terkadang tidak kita sedari kesilapan yg kita lakukan... Walhal perkara tersebut acapkali berlaku.. selagi kita menjalani kehidupan ini..
Walaubagaimanapun, kita juga akan ketemu dgn seseorg yg bkan shaja cuba utk mnyakiti hati kita tetapi cuba mencari kesalahan kita walaupun kita cuba utk mghindarinya ataupun mendiamkan diri..
Begitulah ranjau2 kehidupan yg kita lalui, even kita tidak mnyedari.. kadang kehadiran insan sperti ini menjadikan diri kita kuat.. tabah dlm mnghadapi liku2 kehidupan yg bakal kita lalui kelak..
Di sini saya muatkan bahan bacaan dari i luv Islam , sedikit sbanyak memberi kita kesedaran akan pentingnya kata2 maaf.. yg lahir dari hati seseorg yg memaafkan.. (I Luv Islam, Maafkanlah Mereka)..
Maaflah kerana Allah.. |
Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu
yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan
menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita
kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan
cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang
begitu irihati dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka
fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang
menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih
matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.
Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun
bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering
menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi
KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN
MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau
merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat
kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan
kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau
bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan
dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta
dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan
merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu
sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi
merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa
untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan
keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah
SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan
kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa
yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar
rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari
pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak
berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan
dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang
lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan
menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan
kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan
penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan
membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman
dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa
kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk
hormat dan malu kepada kita.
maaf.. |
Pernah satu ketika, jiwa begitu menderita ketika
menghadapi salah seorang dari orang atasan yang merasakan dirinya yang
paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak
memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang
dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara
pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupunbagaimanapun dari satu sudut dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan
pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya
terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan
sekerja.
Jiwa dirasakan begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan
makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan hilang serta merta.
Setiapkali pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain
dalam fikiran. Ketika berehat seringkali minda mengangankan saat-saat berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala
hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa dililit kegelisahan dan
kemarahan. Ya, berbulan-bulan seperti hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan
kaki di tempat kerja.
Jiwa terasa terus menderita hinggalah menemui
penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Yakni dengan mengatakan pada diri, kenapa hati ini harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang
dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang
keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa harus membencinya
sedangkan kebencian ini tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan
keadaan yang salah. Kenapa harus membencinya sedangkan setiap manusia
memikul beban dosa yang begitu banyak dan diri sendiripun tidak terlepas
daripadanya. mana tahu apabila tua nanti mungkin kita akan lebih teruk
daripadanya dan orang lain akan lebih membenci kita.
Lalu perlahan2 pejamkan mata sambil menyuarakan hati pada
Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga
mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu
dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan
tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku
rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia
sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah.
Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu diri ini merasakan seolah satu hijab gelap yang
menutupi hati terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi
hati ini. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari
kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui
nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu
mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang
salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia
menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita
menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita
perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak
berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.
*||~Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara.. Mengajar insan erti bahagia dan tersenyum dalam duka.. Maafkan mereka.. Agar hatimu lapang segala, Menikmati hari-hari baru yang penuh duka lara.. Maafkan mereka.. Kerana jiwamu sedar & mengerti.. Hidup ini ada hari datang dan pergi~ ||*
Wassalam,
~nida~
agar jiwamu petah berbicara.. Mengajar insan erti bahagia dan tersenyum dalam duka.. Maafkan mereka.. Agar hatimu lapang segala, Menikmati hari-hari baru yang penuh duka lara.. Maafkan mereka.. Kerana jiwamu sedar & mengerti.. Hidup ini ada hari datang dan pergi~ ||*
Wassalam,
~nida~