Thursday

|| Mengapa Sukar untuk Memaafkan.. ||


Maafkanlah..

  MAAF.. mudah utk menyebut tetapi sukar utk mengungkapkan.. Tetapi maaflah kata2 yg dpt mnenangkan hati seseorg jika ia dihayati dengan mendalam.. Namun, mudahkah bg kita mngungkapkan kata2 maaf utk seseorang yg sering mmbuat hati kita sakit.. mencari kesalahan kita.. dikhianati.. dibenci dan sebagainya.. Tapi sedarkah kita.. diri kita juga tidk terlepas dr melakukan kesilapan..

Hidup ini tidak terlepas dari ketemu kebanyakan orang.. dan tidak terlepas untk dri kita dr melakukan kesalahan.. keterlanjuran kata, kesilapan.. terkadang tidak kita sedari kesilapan yg kita lakukan... Walhal perkara tersebut acapkali berlaku.. selagi kita menjalani kehidupan ini..

Walaubagaimanapun, kita juga akan ketemu dgn seseorg yg bkan shaja cuba utk mnyakiti hati kita tetapi cuba mencari kesalahan kita walaupun kita cuba utk mghindarinya ataupun mendiamkan diri.. 

Begitulah ranjau2 kehidupan yg kita lalui, even kita tidak mnyedari.. kadang kehadiran insan sperti ini menjadikan diri kita kuat.. tabah dlm mnghadapi liku2 kehidupan yg bakal kita lalui kelak..

Di sini saya muatkan bahan bacaan dari i luv Islam , sedikit sbanyak memberi kita kesedaran akan  pentingnya kata2 maaf.. yg lahir dari hati seseorg yg memaafkan.. (I Luv Islam, Maafkanlah Mereka)..

Maaflah kerana Allah..


Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu irihati dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.


Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?


Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.


Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?


Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?


MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.

MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.

maaf..

Pernah satu ketika, jiwa begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan yang merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupunbagaimanapun dari satu sudut dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.

Jiwa dirasakan begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan hilang serta merta. Setiapkali pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran. Ketika berehat seringkali minda mengangankan saat-saat berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan seperti hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.


Jiwa terasa terus menderita hinggalah menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Yakni dengan mengatakan pada diri, kenapa hati ini harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa harus membencinya sedangkan kebencian ini tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan diri sendiripun tidak terlepas daripadanya. mana tahu apabila tua nanti mungkin kita akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci kita.


Lalu perlahan2 pejamkan mata sambil menyuarakan hati pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.


Disaat itu diri ini merasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati ini. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.


Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.

*||~Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara.. Mengajar insan erti bahagia dan tersenyum dalam duka.. 
Maafkan mereka.. Agar hatimu lapang segala, Menikmati hari-hari baru yang penuh duka lara.. Maafkan mereka.. Kerana jiwamu sedar & mengerti.. Hidup ini ada hari datang dan pergi||*

Wassalam,
~nida~



Saturday

..Tiada Kata Seindah Bahasa..


Salam Kalian..


Hari semakin hari berlalu.. sekarang sudah masuk sem ke -3 pengajianku di peringkat master bersamaan juga dengan sem akhir ku..InsyaAllah, mudah2an habis tepat pada masanya..
Usaha itu penting sebelum kita menilai segala sesuatu yang bakal terjadi.. Allah SWT itu maha mendengar segala rintihan hamba2NYA..
Kadang semakin banyak jalan yang kita lalui semakin banyak halangan yang kita temui, halangan & dugaan serta ujian dalam hidup.. hanya kita sebagai hambaNYA yang perlu sentiasa teguhkan keimanan di dalam diri, banyakkan bersabar.. moge segalanya dipermudahkan.. :)


Kita perlu ingatkan ye kawan2 hidup ini tidaklah selama mana.. sekaya mana pun kita.. sehebat mana pun kita.. kita hanyalah insan kerdil.. tidak perlu rasanya berasa bangga akan apa yang kita ada.. 
Kadang dalam setiap jalan kehidupan kita juga akan menemui bermacam ragam manusia.. 


Bak kata seorang ahli cendekia "Pada setiap perpisahan ada nikmat pertemuan.. Perpisahan itu adalah titik awal pada pertemuan yang lebih baik lagi.. Tuhan tidak akan mensia2kan hidup hambaNYA kecuali hamba itu sendiri yang menjadikan dirinya sia2 oleh keadaan" 


Sebagai contoh teman2.. sejauh mana kita pergi, hidup ini tidak lekang dengan pertemuan kita dengan orang2 baru yang kita kenali sebagai sahabat.. Memang fitrah@lumrah hidup manusia ingin disayangi dan dikasihi oleh itu sahabat lah atau dalam erti kata lain manusia hidup memrlukan seseorang supaya hidup ini disinari dengan warna kebahagiaan dan berkongsi segala masalah.. Hidup ini memang tidak lari drpd masalah..


Artikel di bawah ini saya muatkan dan serba sedikit telah menarik minat saya untuk berkongsi bersama kalian.. Selamat membaca ( I Luv Islam, "Melakar Cinta Allah melalui Sahabat") :



"uhibbuki fillah?" yang bermaksud "Mencintaimu kerana Allah,"
Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Sahabat.. :)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?"
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah,"

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,

~||* Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..*||~

Wassalam;
~nida~

Tuesday

..BirRd viEw..


Salam kalian..

lame agaknye blog ini tidak diupdate.. hari ini terasa ade sdikit ruangan utk diriku mencoret2 sedikit sbanyak peristiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini..


Dunia Oh Dunia..
.. itulah yg hadir dalam fikiranku ketika ini,, Pg td masuk ke klas ITPM.. Chapter hari ini, mngenai "motivation & conflict management".. dlm chapter ini, Dr. sedikit sbanyak menceritakan bagaimana utk kita mngenal diri kita, siapakah kita bila berdepan dgn conflict.. utk menjadi seorg project manager..


Setiap baris2 ayat yg Dr. utarakan amat menarik minatku,, but one of the words that make me remember until now is "Bird View".. hmm.. it sounds is meaningful.. yeah, we must view every part as a whole!!..


As an example.. Dunia Oh Dunia.. let us view our world today,, a lot of nature disaster happen.. where it come from?? Is it because our world have being older..? time to time.. where is our responsibility..??
If we view it like a bird view.. we know how it was happen.. hmm.. its all come from human.. which is our own self.. our  invention, our creation.. making our world time to time having disaster,, which we will not conscious.. this world has already sick.. sickness from the development of sophisticated technology without care from many side.. yeah it can't be denied, disaster was happen can't be estimate or expected if it want to be, it will happen, we can't blame human in this issues.. but without our realize the technology has contribute to the disaster in this world for the long-term effect.. we can't see it happen now, today or tomorrow.. but our future generations will feel the effects of man's greed in implement, create and develop new technology..


The latest news about natural disaster in Japan which has been hit by Tsunami that was happen last week..There is very biggest Accident is facing by Japanese. There is nothing safe and Japanese have left their homes they have lack of food but lake of water and has seen water everywhere.
Japanese have lost their children’s. From a report there is over then 13,000 people are died with this tragedy And also thousands are injured with this tragedy..
Tsunami...

Allah itu Maha Besar..


Look forward what will happen to our world when its already hundred years ago.. after this situation.. where is the people??
They was lost.. lost from this world..
children lose their parents..
Parents lose their family.. mother lose their son..
where is their empathy? feeling others situation.. facing conflict in their own self.. where is the safety place for them?


Tidak dinafikan juga.. kita sebagai umat islam.. bencana alam yang berlaku ini sebagai iktibar bagi kita..
supaya sentiasa beringat dan bersedia.. adakah bumi sudah tua? sudah sampaikah masanya untuk menilai amalan kita? cukupkah ibadat kita?? cukupkah amalan kita? banyak tanda2 kecil hari kiamat sudah terbentang di mata kita.. walhal tanda besar juga sedikit sebanyak sudah menampakkan bayang2annya..
Masih terbuka pintu taubat utk kita.. Allah swt itu maha Pengampun lg maha Penyayang..


Hidup di dunia ini adalah smntara.. kehidupan di dunia sbagai ujian buat semua manusia.. But yg kekal adalah alam akhirat~ Igtlah wahai kalian semua.. berbuat baiklah pd semua makhluk Tuhan..


 together we pray for Allah swt..
Disamping mencari keredhaan Allah swt.. =)


~nida~

Friday

BeiNg a CinDerella..???


(^,^)v.. peace ~ ~
Indahnye hidup sperti cinderella.. hdup ssah.. tp akhirnye bertemu dgn jejaka idaman.. yg menjanjikan kehidupan yg sempurna hingga ke akhir hayat.. tp spe kata kehidupan cinderella tu indah??? tidak juga ye.. mula2 dia tetap susah.. berusaha untuk menjaga hati org yg tidak suka, benci dan irihati padanye..
Cinderella... =)
hmm.. pe kena nida?? tbe2 je ckap ttg cinderella ni?? ntahla.. hehhe.. tbe2 rse cam tertarik nk mngamati kehidupan cinderella.. hahhah.. bleh plak kan?? td nk wat asignment.. alih2 fkiran ni melayang2 ckap lme xtgok cte cinderella hehehe.. bhaya ni!! xfocus!! stdy nida stdy!!! kome ni da le bnyak keghoje nye.. sem ni penuh dgn project... presentation plus dgn theory2 dlm klas.. huargggghhh bilakah driku ini bebas dr sgala theory ini??? bila nk wat practical lak.. bosannn laaa... asyik kne bc bku aje.. hmmmm..
inilah istana dye.. huhuuu.. =(


yaaa.. ber balik kpada cinderella td ye kalian.. dye ni mcm kte gak.. jgn fkir n tgok hdup org lain tu senang je.. npe la aku xjadi cam dye..?? dun.. dun ever think like that!!!
bak kte pepatah.. "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.." gitula.. even cinderella ni lastly kahwin dgn anak raja.. di kala sussah ade pari2 dtg beri pertolongan..[ klulah mse pnat wat aseymen pnggil aje pari2 tu.. ckap kt pari2 tu.. wat kan aseymen.. wahh dgn skelip mata siap!! bila lpar.. nak makan! kfc ade.. kenny rogers ade.. big apple ade.. nyummmyy.. hmmm
apatah lagi shopping kan.. xyah g shopping jauh2.. pnat je kaki ni nak jlan.. ckap je baju ape nk.. zaman 80 an.. 90 an.. fsyen terkini.. dgn skelip mata ade sume hihiii.. wahh kamu ni nida.. bleh tahan..
nope nope.. errkk.. not me yeah.. itu nida lg satu tu.. hehhee.. =p] pastu kwin ngan nak raja.. yg ensem.. baik.. n setia pda yg 1.. that's the taste yg sentiasa dicari2..wahhh.. sempurnanye hdup.. huhuuu..
but that's only happen in fantasy life ye korg sume.. hduplah di alam reality ini.. sume bnde bleh di gapai... dr c2 kte akan ase kepuasannye.. dgn sgala penat llah kte.. tgok ade hasilnye.. yah.. xdinafikan kdg usaha kte lebih but the result do not same with that effort, tp itu sume still ade hikmahnye.. iaitu ia mngajar kte utuk tidak mudah ptus ase.. n hdup ini ade psang srutnye.. huhuuu. that's reality!!


 tetapi at the same time.. dye dah melalui kesukaran dlm hidupnye.. so moral value nye.. ksenangan tu xdtg dgn bergolek.. kte kne usaha jgak..!! ngehhngehhngehh....??
klu x sume org kt dunia da jd kaye raye taw.. dun evr think it easily.. but think high from the expectation or think out of the box.. yeah..

ok.. nahhh dgr lah lgu cinderella ni.. best!! enjoy it ya.. full of meaning huhuuu..

tata young - Cinderella.......
daaa...
t kte tlis2 lg ye kt sni.. ckup smpai cni je dlu ye.. bnyak kje xsettle lg snanye ni.. sume psal cinderella ni.. huhuu.. salam.~~

p/s : take a revisi0n about the past.. make it as tutor to lead in your journey.. but dont ever regret n look it back.. just wake up & try to achieve what the is the step in front of u.. =)

Thursday

..teNtaNG seOraNG ayaH..


kau tetap gagh melawan ombak.. kepayahan & perjuangan hidup
demi utk kebahgiaan keluargamu
Terkadang kau tersungkur
Namun..
kau tetap terus berusaha
berdiri semula
Demi untuk anak & isterimu..
Kebiasaannya bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang telah berkahwin dan mengikut suaminya tinggal di negeri lain atau sebaliknya, yang sedang bersekolah atau belajar jauh dari kedua orang tuanya.. Kerapkali hati mereka akan merasa sangat rindu dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah ayah yang penat tetap selalu bertanya pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kamu lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan yang masih kecil. Ayah biasanya akan mengajar putri kecilnya untuk menaiki basikal. Dan jika ayah merasakan kamu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu. Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan tanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan 'cool' sekali kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu risau sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah cakap kan! jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar bimbang akan keadaanmu..

Ketika saat seorang teman lelakimu mulai sering menelefonmu, atau datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali mengerling atau memikirkan dari jauh saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai boleh dipercaya.. Ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah bagi mu, terkadang kamu keluar melebihi waktu yang ditetapkan oleh si ayah sehingga malam, namun telah diberitahu "Jangan balik malam. Bahaya!". Oleh itu yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang ke rumah sehingga hari larut malam, hati ayah akan mengeras dan memarahimu.. Sedarkah kamu, bahawa ayah amat menyayangi dirimu puteri kecilnya yang dijaga keselamatannya sejak dari kecil lagi?

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi melanjutkan pengajian di tempat lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar2. Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya mengesat sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang mahasiswi. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin.. Kerana Ayah tahu.. Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di hari persandingan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia.. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas persandingan sebentar atau menghilangkan dirinya sedikit di dalam kelompok ramai manusia yang hadir memenuhi undangan perkahwinanmu sebentar, dan menangis, mengesat air matanya yang mengalir? Ayah menangis kerana ayah sangat gembira dan terharu, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang baik dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah susuk tubuh yang harus & selalunya terlihat kuat... Bahkan ketika dia tidak mampu menahan airmatanya jatuh dia tetap menahannya untuk tidak menangis... Dia harus terlihat tegas walaupun di saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Wassalam;

~nida~

Tuesday

~ kaTa-kata puJanGGa ~


Do you still remember this… 

Saya sayang awak..
Jika 1 hari awk melintas jalan..
Dalam keadaan terburu-buru,, tanpa melihat kiri & kanan,
Tiba2 ada sebuah kereta lalu.. dan awk tak berkesempatan untuk mengelak..
Kebetulan saya ada di masa itu..
Sayalah orang pertama yang akan selamatkan awak..
Tolak awk ke tepi..
dan biarkan diri saya yang dilanggar oleh kereta itu..
saya sanggup korbankan nyawa saya demi awk,,

Sayang saya pd awak tidak dapat dinilai dgn kata2..
Hinggakan tiap kali awak dalam kesedihan..
Saya seperti dapat merasa kesedihan awak.. sbb itu
Bila awak sedih saya akan ada & muncul dgn tiba2..
Saya sentiasa ada untuk temankan awak..
Mengisi hari2 awak..  Menangis bersama2..
Memberi awak kata2 perangsang..
Mengesat air mata awak..

Saya sayang awak sgt2..
Bila awak sakit..
Bila awak demam.. hati saya jadi tak menentu,,
Saya akan usaha untuk carikan awak ubat..
Sentiasa saya rasa suhu badan awak..
Risau saya di buatnye..

Tiap kali birthday awak..
Tak pernah saya lupe..
Saya harap sylah org pertama yg akan wish awk..
Apatah lagi untuk menghadiahkan awk sesuatu..
Sebagai penghargaan.. sayang saya pada awak..

 Apa yg awak suruh..
Saya akan buat.. Entahlah saya pn tak tahu,,
Tak pernah saya membantah..
Apatah lagi untuk sakitkan hati awak..
Sentiasa saya pastikan awk tidur dengan lena..
Tanpa sebarang gangguan..

Tiap hari saya rase saya nak ucap,,
Saya sayang awak..
Saya suka buat awak marah..
Tapi kalau awak diam saya bimbang awak sedih..
Saya tak dapat baca apa yang awak fikirkan..
Saya takut saya tak dapat menjaga hati awak..

Walau se busy mana saya.. saya ttap pergi jenguk awak,,
Walaupun ada ketikanya saya sengaja tidak bercakap dengan awak..
Suke buat awak bimbang.. Jauh di sudut hati saya,,
Saya amat merindui awak..
                                                          Lagu ini sy tjukan buat awk.. =)
You said :
I love u too..
Don’t be worried after this,
I’ll care of u..
Always there for u..

Only you will be there for me..
I can only story all those thing only for you..
To listen and share all my happiness and sadness,,
promised to take care of you..

But..
If u is given 1 situation, where a lot of people ask for your help,
I think I am the last person..
 that you’ll lend your hand for help,, isn’it?

If u is surrounded by your companion,,
U will not see.. Who am I for you..
 Your promise goes like the wind.. when you have got something,
Which more better..  you’ll forget all about me,,
everything..

You never there for me..
When others try to humiliate me..
You concerned with other’s feelings,,
But never for me.. Thanks for that..
Sorry, if there a mistake I have done,
Offended you,
please forgive me..

I hope..
If u is given a moment to remember..
Never mind,, if u don’t remember all those things..
& also to forget me..
But, try to learn how to appreciate others,,
Which has being kind for you..

& now..
U have change a lot,,
The way u talk, the way u are.. is not you..
You.. that I know,,
I am always remember u.. u before this..
Might be you’ll also see I am a little bit change..
But I am still like before,, all those things is intentionally..
 so that, I’ll forget all those which make me sick!
Actually, I am never forget to wish you something,,
Through messaging,, or anything.. always remember u,,
Coz u are always in my mind..  you before this..
But I can’t.. do all those.. coz my heart feel so sad..
Sad for easily love u.. full of my heart..
Now, better off if I let you go..  go away & far from me..
Thanks for everything….

~nida~
Photobucket Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

miNe.. Life.. futuRe.. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez