Monday

KeNanGan TeriNDaH..


Salam pada kalian semua..

Hatiku tiba2 terusik mendgr lagu disenarai blogku yang dinyanyikan oleh kump Nice-Delusi ummi.. Lantas ku mencari videonye.. spaya dpt bkongsi bsama kalian..
Tentu kalian pernah melalui memori silam kan.. memori silam yang sukar untuk dilupakan.. tambahan lagi sesuatu yang amat mnyedihkan.. hmm.. entahlah malam ini terasa ingin menceritakan kesdihan yang terbuku lama di hati berkaitan dengan insan yang amat ku disayangi..
 iaitu ibu.. Sukar untuk ku ceritakan hal ini kepada rakan2ku.. melainkan mereka adalah teman rapat yang hanya mngetahuinya..


~ Nice - Delusi Ummi ~


Segalanya mungkin hambar.. semngat ku kian runtuh bila mana orang yang bersama kita selama ini sudah tiada.. kembali kepadaNYA selamanya.. kepada yang maha Esa.. terutamanya pada insan yang bergelar ibu.. insan amat kita sayangi.. dari kecil sentiasa bersama kita.. menegur yang salah.. memberi semangat apabila kita jatuh atau bangun.. sentiasa tersenyum even kesalahan kita itu berat.. Tetapi nasihat dengan tutur kata yang lembut..

Semasa kecil.. pernahkah kite tahu bagaimana mereka menjaga kita.. kdang tidak tidur malam.. tidak lena dibuai mimpi.. menjaga anak yang tidak mengerti apakah itu nyamuk.. tidak dibiarkan walau seinci mulut nyamuk itu menyentuh kulit anaknya yang msih kecil.. Pernahkah dye melenting ble anak kecilnye menangis meminta susu? Tiada.. ttapi diusap dengan penuh lembut anak itu..

Pemergian ibu menyahut seruan ilahi.. Tanggal 8 Februari 2003.. bersamaan hari jumaat.. menjadi hari yang amat sukar untuk dilupakan tetapi sentiasa tergambar di fikiran setiap peristiwa yang berlaku.. setiap detik setiap saat wajah ibu sentiasa hadir.. kadang terngiang2 suara ibu ditelingaku.. setitis air mata jatuh.. mengenangkan ibu yang makin lama makin jauh dari hidupku.. Pada masa itu umurku hanya belasan tahun, seigt ku dlm tingkatan 3, menghadapi peperiksaan PMR.. hubunganku dgn ibu amat rpat berbanding ayah.. barangkali menjadi anak bongsu dari 12 ahli keluargaku.. menjadikan daku amat manja dengan ibu..

Sebelum ini ibu mmg mghidapi skit diabetis dan buah pingang.. dan kerap msuk wad.. akibat pengsan, dan juga pernah menjalani operation buah pingang kerana tidak berfungsi semasa aku masih kecil lagi.. mungkin umur ibu pnjg.. jangkaan doctor yg mngatakan pesakit yg mempunyai sebelah shja buah pinggang spt ibu hanya mempunyai jangka hyat 2 or 3 thun.. Alhamdulillah.. ibu msih sihat dan berada disampingku sehinggalah aku menjangkau usia remaja.. Syukur kepada Allah kerana memberi ku peluang utk menikmati kasih syg ibu walaupun hanya seketika..

Tiba pada saat itu, ibu tiba2 mengalami sakit pada bahagian bwah perut.. sukar baginya untuk membuang air kecil, sampai satu tahap ibu tiada selera makan.. muka ibu nmpak pucat namun ibu ttap tidak mengambil serius.. sakit ibu ditahan seorang diri tanpa pengetahuan anak2 dan suami.. sehinggalah beberapa hari ibu tidak dpat membuang air kecil.. namun ibu bertindak mendiamkan diri.. Masih ku igt lagi.. Even ibu sakit, tanggungjawab seorang ibu tidak pernah dilupakan seawal jam 5 pagi ibu ttap bngun untuk mnyediakan sarapan pagi utk suami dan anak2nye dan juga solat sunat… hmm.. mulianye hati ibu..

Suatu hari ibu hanya dapt mnyiapkan air minuman shaja.. Pada waktu itu daku perasan bhawa ibu sakit.. Seserius mana skit yg ibu alami, ibu ttap juga mnyediakan srapan, wlupun hnya sejag air teh.. mngalir airmataku laju mngenangkan jasa seorang ibu.. ibu tidak dpt bngun.. perlu dipapah untuk bgun.. Ku igt lg kata2 ibu semasa daku memapahnyer bile mulutnye merasa loya n muntah.. ibu ckap “beginilah klu dh tua.. sanggup ke anak2 menjaga bila ibubapanye sakit.. melihat kesakitan mereka” aku diam.. dlm hati ku amati kata2 ibu.. hatiku terasa sayu.. aku fhm maksud ibu.. barangkali ibu xnak ssahkan anaknye utk menjaganye bila dia skit.. begitulah ibuku.. segala masalah sering dipendamnye seorg diri.. tidak mahu menyusahkan anak2.. baiknye hati ibu..

Keesokan harinye, ibu dibawa ke hospital.. beberapa hari ibu di wad biasa yg dijaga oleh kakak.. kemudian ibu dimasukkan ke wad icu, menandakan skit ibu amat serius.. Daku yang berada di sekolah dibawa pulang oleh abg, utuk melihat ibu di hospital.. Daku masuk ke wad ibu.. ibu terbaring di atas katil kelihatan lesu, sambil mulutnya bergetar menahan skit.. Amat terkejut ku rasakan bila ibu kulihat tidak lagi mengenaliku.. ibu ku lihat lemah.. memandangku tidak seperti pndangannya sebelum ini.. tidak lagi ku dgr sapaan lembutnya memanggil namaku.. Ayah memberitahuku bahawa doctor telah menebuk bahagian bwah perut ibu untuk membuang bahan kumuh ibu yang bertakung.. akibat tidak boleh di keluarkan secara normal.. Ibu menjerit.. dan darah terpancut.. Setelah selesai pembedahan, pada petang itu.. doctor mnyuruh abah membawa ibu balik.. Sangkaanku ibu dah pulih.. Tetapi tidak.. Rupanya ibu tidak dpt lg diselamatkan.. ibu hanya tinggal nyawa2 ikan.. doctor suruh bacakan yassin untuk ibu.. kerana keadaan ibu sudah kritikal..

Malam itu, hari khamis malam jumaat.. ketika kami bersiap2 utk majlis bacaan yassin utk ibu di rumah.. Ketika menunggu abah membawa pulang ibu ke rumah.. Kakak telefon mengatakan ibu sudah tiada.. Ibu sudah kembali ke Rahmatullah.. Dunia ini ku rasakan gelap.. airmata tidak mampu lagi keluar.. hatiku amat pedih ku rasakan.. Ketika itu segala kenangan bersama ibu terlintas di fikiranku.. senyuman ibu.. suara ibu.. usapan lembut ibu ku terasa.. segalanya xmngkin ku rasakan lagi.. Bagaimana mungkin aku hidup tanpa ibu.. ku xbleh hdup tanpamu ibu.. Hinggakan ku terasa hidupku seperti tiada  makna lagi.. Seluruh ahli keluargaku berpelukan sesama sndri.. Kakakku memelukku erat.. smbil memberiku kata2 semangat.. namun sgalanya bgai tidak bermakna lagi bgku.. Hatiku sayu menangisi pemergian ibu tercinta.. Tiada lagi tempatku bermanja.. Tiada lagi tempat untuk ku curahkan kasih sygku.. Tiada lagi senyuman yang terukir melihat kejayaan anak mu ini.. Musnah sgala impianku untuk memberi segulung ijazah kpadamu ibu.. Moga2 ibu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. begitu jua kepada arwah abgku.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Ibu...
 Kenangan bersama ibu.. ku abadikan sbg knangan yg terindah dlm hidupku..


Kepada kalian yg masih mepunyai ibu.. hargailah insan tersebut.. kerana masa yg ada ini terlalu singkat untuk  membalas sgala jasa mereka yg tdk ternilai itu.. Tangisan n Penyesalan yg tggal tiada bguna lg jika mereka sdah tiada.. 
Wassalam..


p/s : ||kesedihan itu akan teruBat..|hati akan tenang..|dgn memBeri kegembiraaN kpd org Lain|senyuMan seseorang..|bila kita sentiaSa ada di saaT orang lain memerlukaN..|| =)

~nida~

Tuesday

CinTa iLaHi...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Ya allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU..


Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..


Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiku..


Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


Ya Allah..
Jika aku mencintai cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu..


Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
Jangan biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepadaMu..


Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..
Renungilah..
                 **********************************

Sahabat..
Andai dirimu bercinta..
Janganlah biarkan cinta itu menawan dirimu.. Tapi biarkanlah dirimu menawan cinta itu..
Janganlah musnahkan dirimu kerana cinta..
Kerana ia takkan menjanjikan apa-apa kebahagiaan walau sekuat manapun cinta tersebut..
Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah..
nescaya..
Dia akan menemukan dirimu dengan cinta insan yang membawa kebahagiaan kepadamu..
dunia dan akhirat..
Andai tiada siapa untukmu.. Yakinlah Allah tetap sayangkanmu
dan cintakanNYA tidak akan sesekali mngecewakan dirimu
selama-lamanya..

~nida~
Photobucket Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

miNe.. Life.. futuRe.. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez